Seorang lelaki terbunuh setelah tergelincir jatuh setinggi 30 meter kerana berdiri terlalu dekat dengan tebing satu bukit untuk mengambil gambar di Zhuji, wilayah Zhejiang.
Mayat lelaki itu ditemui di satu sungai kecil di bawan air terjun Longmen berhampiran gunung Dongbai, lapor Xinhua. Turut dijumpai berdekatan mayatnya ialah satu kayu selfie dan sebuah telefon bimbit.
Polis menolak kemungkinan khianat sebagai penyebab kematian lelaki itu yang belum dikenal pasti. Dia dipercayai orang tempatan berusia 30-an, dan polis membuat kesimpulan bahawa dia tergelincir dari tebing sewaktu mengambil selfie.
Ini bukan kali pertama sesuatu seperti ini berlaku, kerana pada tahun 2013 seorang pelancong wanita terjatuh 55 meter dari sebuah tebing di wilayah Heilongjiang apabila berdiri terlalu dekat dengan pinggir tebing untuk bergambar.
Nikmati keindahan alunan petikan Sape dan pelbagai aktiviti lain yang menarik melalui Baram Sape Master di Jabatan…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 1 September 2015