Lelaki Tak Sedar Ada Kelibat Misteri Di Tangga Semasa Rakam Video Tik Tok

Trending

Lelaki Tak Sedar Ada Kelibat Misteri Di Tangga Semasa Rakam Video Tik Tok

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan kebanyakan negara kini mengalami perintah berkurung untuk membendung penularannya. Ketika di rumah pastinya orang ramai lebih banyak menghabiskan masa menggunakan media sosial dan penghasilan video Tik Tok antara yang paling mendapat sambutan hangat.

Begitu juga dengan seorang pemuda ini yang cuba merakamkan video Tik Tok ketika berada di rumahnya. Tetapi malang sekali, mereka yang melihatkan video itu memberikan reaksi kurang senang apabila kelihatan ‘kelibat’ aneh di dalam video itu.

Advertisement

Ada sesuatu di tangga

tik tok

Semasa cuba melakukan koreografi popular lagu Say So dari Doja Cat, reubix_cube tidak sedar ada sesuatu yang sedang memerhatikannya di tangga. Berdasarkan kapsyen pada video tersebut, dia memberitahu dia berada di rumah seorang diri semasa merakamkan video itu.

“Saya di rumah seorang diri jadi saya cuba belajar tarian Tik Tok.”

Orang ramai yang menonton video itu kemudian memberitahu dia tidak keseorangan di rumahnya dan meminta dia memeriksa keadaan di rumahnya semula. Pada mulanya dia membalas di ruangan komen: “Apa yang sepatutnya saya nampak di belakang tu?” sebelum akhirnya dia memberitahu turut melihat kelibat yang sama.

tik tok

Tetapi ada juga yang membuat andaian semuanya hanya lah rekaan semata-mata kerana pada ruangan kapsyen, Reubun dilihat sengaja mengatakan dia sendirian di rumah walaupun sebenarnya tidak. Namun dalam keadaan sekarang, tidak mustahil ada cubaan kes jenayah seperti kes pecah rumah yang cuba dilakukan.

Apa-apa pun sebelum anda rakam video Tik Tok tu, pastikan tak ada yang memerhati okay!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...