Baru-baru ini, tular satu ciapan di platform Twitter memaparkan luahan seorang lelaki apabila berdepan dengan ujian selepas membantu mangsa kemalangan di jalan raya.
Difahamkan dari ciapan yang dimuat naik, lelaki bernama Abdullah Sazali itu bergegas membantu mangsa kemalangan jalan raya kerana merupakan orang pertama yang melihat insiden tersebut, lalu menelefon ambulans.
Menurutnya, dia bersama beberapa orang lain turut ada ditempat kejadian bantu membuka pintu dan memberi signal guna torchlight agar pemandu lain yang melalui kawasan terbabit memperlahankan kenderaan mereka.
Kisah sedih harini. Aku tolong orang accident tgh highway tadi. Sbb aku yg first nampak dia accident, dah tolong call ambulance semua, polis dah sampai, aku naik kete chow, pastu prasan dompet dah takde. Check M2U dah ada orang guna paywave. Haha. Takde rezeki aku malamni ? pic.twitter.com/qDWuGgdVba
— Dolah ?? (@AbdullahSazili) October 7, 2022
Situasi ketika itu sememangnya huru-hara dan Abdullah menyedari dompet sudah tiada apabila sesudah tiba di kawasan rumahnya di Subang.
Dia mengambil keputusan pergi semula ke tempat kejadian yang mengambil masa hampir 40 minit itu kerana yakin tercicir disitu, namun kecewa apabila kawasan terbabit sudah tidak mempunyai apa-apa barang.
Apabila tengok telefon, nampak ada transaksi dekat Maybank2U. RM400 lesap. Memang sah dah ‘arwah’ dompet saya ini.
Tambahannya lagi, dia telah membuat laporan di Balai Polis tetapi sedar harapan untuk dapat semula duit serta dompetnya itu sangat tipis.
Oleh kerana sedar peluangnya tipis, lelaki terbabit reda seandainya dompet hilang ketika sedang membantu mangsa kemalangan.
Sehingga kini, tweet terbabit telah meraih perhatian yang cukup hebat di platform berkenaan dimana lebih 7000 retweet serta raih 12,000 tanda suka daripada pengguna.