“Lelaki Tak Nak Bagi Sebab Pemalas..” – Isu Hantaran Kahwin, Wajib Bagi Tinggi Atas Nama ‘Cinta’?

Kehidupan

“Lelaki Tak Nak Bagi Sebab Pemalas..” – Isu Hantaran Kahwin, Wajib Bagi Tinggi Atas Nama ‘Cinta’?

Rasanya isu hantaran kahwin ini akan sentiasa menjadi bahan perdebatan dan tidak mempunyai jawapan yang muktamad kerana ianya terletak pada individu itu sendiri.

Meskipun pemberian wang hantaran ini hanyalah adat dalam sesebuah perkahwinan Melayu, namun ianya seperti menjadi sebuah beban dan perkara yang menyulitkan buat pasangan yang ingin mendirikan masjid kerana kadang-kadang nilai hantaran itu dijadikan aras dan darjat sesebuah keluarga.

Advertisement

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Angeline @eymahana tampil berkongsikan pendapat mengenai hantaran setelah mengajukan mengenai hal itu kepada bapanya.

Meskipun ianya pendapat peribadi gadis tersebut, namun isu hantaran tersebut menjadi perdebatan di mana ada yang bersetuju dan ada juga sebaliknya.

Kata Angeline, seseorang lelaki akan membuat apa sahaja bagi ‘menghalalkan’ wanita yang dicintai dan ini termasuklah menyediakan wang hantaran untuk perkahwinan.

Jelasnya lagi, soal hantaran ini hanyalah perkara kecil dan lelaki yang enggan menyediakan sejumlah wang sebagai hadiah untuk isteri itu boleh dianggap sebagai pemalas dan tidak berusaha untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Ayah kata biarlah seorang lelaki itu rasa susah payah nak kumpul duit hantaran, macam ayah susah payah besarkan anak ayah. Lelaki ni benda yang senang dapat memang dia susah hargai, nanti bila dah tak suka dia boleh kick kau macam bola.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing-masing dan ada yang menganggap wang hantaran tersebut seabgai simpanan isteri.

Namun ramai yang merasakan soal seperti ini haruslah melalui sebuah perbincangan yang matang antara pasangan dan juga ahli keluarga agar tidak membebankan sesiapa di masa hadapan.

Scammer Online
3 years ago

"Beri Alasan Kena Tahan Di Kastam.." - Ramai Suri Rumah Kena 'Scam' Jual Baju Raya Murah Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...