Lelaki Tak Mampu Tahan Ketawa, Ternampak Budak Main TikTok

Trending

Lelaki Tak Mampu Tahan Ketawa, Ternampak Budak Main TikTok

Anda tahu aplikasi TikTok? Boleh dikatakan, hampir majoriti masyarakat di dunia menggunakan aplikasi ini termasuklah masyarakat di Malaysia. Seperti yang kita tahu, aplikasi TikTok ini merupakan salah satu platform media sosial yang kian menjadi trend zaman sekarang.

Ia semakin menjadi pilihan orang ramai sebagai medium untuk berkongsi pelbagai jenis video. Tidak dinafikan, bukan sahaja golongan dewasa malahan kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada menggunakan aplikasi ini sebagai hiburan.

Advertisement

3 bulan lalu

Gelagat Mak Tolong Anak Rakam Video Raih Tumpuan Netizen

Selain itu, aplikasi TikTok ini juga telah menjadi sebuah paltform untuk pengguna menyerlahkan bakat serta kreativiti masing-masing selain dari menggunakannya untuk menonton perkongsian video. Ramai orang kini dilihat gemar mengeluarkan content-content yang menarik hasil kreativiti mereka di laman TikTok termasuklah bakat menari, menyanyi dan lakonan.

Lelaki ternampak seorang kanak-kanak merakam videonya menari di TikTok

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @faezuanhakim yang memaparkan situasi seorang lelaki secara tidak sengaja ternampak seorang kanak-kanak sedang asyik menarik TikTok.

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, gelagat kanak-kanak itu dirakamkan di sebuah kedai makan. Kanak-kanak lelaki itu dilihat sedang asyik menari serta merakam video untuk dikongsi di laman TikTok dan tidak sedar gelagatnya itu sedang diperhatikan oleh orang lain.

Pada masa yang sama, turut kelihatan dua orang lelaki yang berada berdekatan dengan kawasan di mana kanak-kanak itu menari. Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu dilihat menahan ketawa sebaik sahaja dia ternampak kanak-kanak lelaki itu sedang seronok menari.

Lebih melucukan, lelaki itu juga berusaha untuk menyembunyikan ketawanya dari diketahui oleh kanak-kanak tersebut sehinggakan dia hampir saja terduduk gara-gara cuba menahan ketawa pada penghujung perkongsian video tersebut.

“Aku gelak sebab lelaki tu gelak hahahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 601.3 ribu tontonan, 85.4 ribu tanda like dan 2.8 ribu komen. Rata-rata netizen turut sama ketawa melihat reaksi lucu lelaki tersebut selepas ternampak kanak-kanak itu menari.

Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok Budak lelaki menari TikTok

Budak lelaki menari TikTok

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan kanak-kanak lelaki itu gigih menari untuk mendapat tontonan yang banyak di TikTok tetapi video lain pula yang jadi viral. Malah, ada yang sampai mahu melihat video rakaman kanak-kanak lelaki itu menari.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...