“Lelaki Tak Cakap, Tapi Dia Simpan”. Nasihat Padu Individu Ini, Untuk Segelintir Wanita Yang Pentingkan Diri Sendiri.

Trending

“Lelaki Tak Cakap, Tapi Dia Simpan”. Nasihat Padu Individu Ini, Untuk Segelintir Wanita Yang Pentingkan Diri Sendiri.

Alam berumah tangga pasti ada cabarannya. Adakalanya para suami sering dipersalahkan atas sesuatu kesalahan walaupun ianya boleh dibawa berbincang.

Advertisement

Namun ada segelintir wanita yang masih belum faham tugas suaminya. Ada ketika bila suami balik kerja, masih ada wanita yang terus tanya tentang shopping dan sebagainya serta masalah-masalah lain yang bukan penting pun.

Seorang individu bernama Mizan Dzai berkongsi status dan memberi nasihat khususnya kepada segelintir wanita yang seakan pentingkan diri sendiri..

Jom baca..

Wanita Jangan Pentingkan Diri

Tak naknya dia kahwin dengan kau kalau dia main main.

Jangan anggap segala tanggungjawab dan tugas suami atau lelaki sekadar dia menjalankannya sahaja. Tengok balik sebelum dia berkahwin dengan kau, dia dah memang lelaki yang baik kalau dia anak, abang atau sebagai adik yang bertanggungjawab. Tak naknya dia kahwin dengan kau kalau dia main main.

Komitmen dia banyak, pada orang tua dan adik beradik dia terutamanya dari segi masa dan perbelanjaan. Dia tak pernah harapkan kau bantu sangat, cukup sekadar memahami hati dan perasaan dia.

Kalau tak pernah, kau adalah yang terbaik kak.

Kau kalau nak lelaki yang sempurna, lelaki yang baik sifatnya, tengok balik diri kau sendiri. Elok sangat ke kau tu? Tak ada kisah silam dengan boyfriend lama ke? Tak pernah duduk serumah dengan lelaki lain ke dulu? Tak pernah bersentuhan hatta berpegangan tangan sekalipun? Kalau tak pernah, kau adalah yang terbaik kak.

Tolonglah jadi wanita yang mahal di mata lelaki, pandai pandailah jaga kehormatan diri. Jangan fikirkan bakal suami tapi fikirlah tentang bapak kau sendiri. Layak ke maruah bapak kau diinjak injak sedemikian rupa dengan perangai dan masalah yang kau buat?

Lelaki tak cakap, tapi dia simpan..

Jahat macam mana pun lelaki ni, dia akan cari wanita yang layak digelar isteri. Itu memang pasti. Aku tahu, lelaki yang ikhlas memperisterikan kau, dia akan terima kisah silam kau. Tapi kau pasti semua lelaki macam tu? Kau pasti suami kau tak terkesan dihatinya bila dia tahu cerita kau dulu? Lelaki tak cakap, tapi dia simpan. Cukup masa dia bila dia letup, kau menangis air mata darah sekalipun kau tak boleh buat apa dah.

Bukan mudah memujuk lelaki jika dia dah terluka, tak semudah memujuk kau yang mengada ngada. Aku perhati, ramai wanita yang terlalu bebas masa muda, sesukahati “Alah, kalau bakal suami aku betul nak aku dia akan terima siapa aku dulu. Nanti lepas kahwin aku berubah lah”. Dengan kata kata kau ni lelaki dah nampak, kau hanya wanita yang fikirkan diri sendiri. Fikirkan bapak atau arwah bapak kau dulu, baru fikir bakal suami kau yang entah bila nak sampai tu.

Solat dan pembersih itu tuntutan agama tetapi boleh dibimbing

Lelaki tak cari bakal isteri atau isteri yang cantik, cukup dengan yang mendengar kata dan pandai menjaga diri. Cantik itu bonus. Pandai masak itu kemudian pun tak apa. Solat dan pembersih itu tuntutan agama tetapi boleh dibimbing. Sempurna itu mustahil.

Jangan pening kepala fikir pasal bakal suami, fikirkan diri dan orang tua yang menanggung, baik dari kewangan dan juga dosa kau. Elok diri kau, maka eloklah jodoh kau. Allah dah janji. In shaa Allah. Persiapkan diri dari sekarang. Jangan bila nak kahwin baru nak berubah. Kononnya tak nak hipokrit, tapi kalau dah kau sendiri tak betul, apa salahnya berubah kalau itu yang lebih baik?

Apa guna ibu bapa yang mendidik dan memberi kasih sayang?

Sebab tu kita ada agama, ada pegangan dan ada panduan. Kalau semua orang yakin diri mereka betul je memanjang, apa guna agama yang dianuti? Apa guna ibu bapa yang mendidik dan memberi kasih sayang?

Lelaki juga ada pengorbanannya, dan lebih banyak tanggungjawabnya. Jangan fikirkan diri sendiri jangan pentingkan nafsu sendiri. Jaga hubungan dengan mertua, ya bukan mudah untuk masuk dalam keluarga suami. Tapi lebih sukar kalau kau terusan mementingkan diri.

Bertolak ansur, in shaa Allah rumahtangga bahagia

Kau toksah harap sangat suami paham lenggok kau, paham rajuk kau. Cuba tengok sikit IQ suami tu. Kalau dah memang lembab, terus terang jelah kau pun tak pening nak tunggu dia paham. Ni bila orang tanya kenapa, kau cakap tak ada pape padahal tengah marah kemain. Bertolak ansur, in shaa Allah rumahtangga bahagia.

Cukup 836 Like, aku sambung. Ni baru 30% kah kah

– Gaya Seorang Ikon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...