Lelaki Tak Berhenti Menangis Ketika Pengebumian 2 Beradik Lemas – “Pakcik Minta Maaf Tak Dapat Selamatkan…”

Trending

Lelaki Tak Berhenti Menangis Ketika Pengebumian 2 Beradik Lemas – “Pakcik Minta Maaf Tak Dapat Selamatkan…”

Dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki terbabas ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu telah dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana.

Kelibat seorang lelaki pertengahan usia menangis teresak-esak di sisi kubur tersebut telah membuatkan suasana bertambah sayu dan pilu.

Advertisement

Pakcik minta maaf tak dapat selamatkan, pakcik cuba, tapi pakcik tak boleh.

dua beradik lemas dikebumi

 

Menangis dari awal hingga akhir

Itu luahan lelaki bernama Ade Mos, 47, yang tidak dapat menahan rasa sedih dan terkilan kerana gagal menyelamatkan dua beradik berkenaan ketika kejadian.

Difahamkan, Ade tidak dapat menahan air mata tanpa henti dari awal jenazah dimasukkan ke liang lahad sehingga bacaan doa.

Kata Ade yang juga saksi kejadian itu, dia baru seminggu mengenali mangsa dan meskipun perkenalann itu terlalu singkat namun meninggalkan kesan mendalam.

Kedua-dua arwah, terutama kanak-kanak perempuan itu, terlalu ceria dan membuatkan saya rasa dia sudah seperti anak kandung saya sendiri. Dia punya manja dan keletah itu membuatkan saya teringat-ingat.

@sinarharianonline‘Pakcik minta maaf tak dapat selamatkan’ – Lelaki menangis di kubur dua beradik “Pakcik minta maaf tak dapat selamatkan, pakcik cuba, tapi pakcik tak boleh.” Demikian luahan Ade Mos, 47, ketika menyaksikan pengebumian dua kanak-kanak yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. Muzik: Dissolved In Loneliness – Veance D dari www.bensound.com Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #duaberadiklemas #PD #saksi♬ original sound – Sinar Harian

 

Baru kenal tapi kesan mendalam

Jelas Ade, dia mengenali kanak-kanak itu kerana sering melihat keluarga mangsa berada di sungai berkenaan untuk memancing dan pernah berbual dengan bapa mereka.

Yang perempuan itu sangat petah bercakap dan banyak bertanya kepada saya, itu yang membuatkan saya rapat dengannya.

Ade juga terkilan kerana gagal menyelamatkan mereka ketika kejadian malang tersebut berlaku dan sebelum ini sering tertanya-tanya di mana dan bila dua mangsa itu akan dikebumikan.

Saya nak tengok mereka buat kali terakhir kerana saya dah rasa mereka macam anak sendiri, pada masa sama saya rasa ralat kerana tidak dapat menyelamatkan mereka.

tragedi dua beradik lemas

2025-09-06 11:35:55

Status Agama Dua Beradik Lemas Dikenal Pasti - "Suspek Dakwa Dah Diislamkan Di Kelantan, Tapi Tiada Rekod"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...