Tidak mahu menerima hakikat yang dia telah ditipu, seorang lelaki Taiwan dilaporkan menanti kedatangan seorang wanita yang berjanji temu dengannya selama dua dekad.
Ah Ji yang kini berusia 47 tahun kini menetap di stesen keretapi Tainan, tempat di mana wanita yang dicintainya berjanji menemuinya berpuluh tahun dahulu.
Adalah tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu kekasihnya, atau mereka mahu bertemu kali pertama, tetapi apa yang diketahui ialah dia ke stesen itu untuk bertemu dengan wanita itu, dan masih belum meninggalkan stesen itu sejak itu.
Pada tahun-tahun awal dia menunggu, dia dilihat sering turun naik satu tangga besar, seolah-olah bersedia untuk bertemu seseorang. Setelah beberapa tahun menanti dia berpindah ke satu pintu di sebelah laluan keluar, merenung wajah penumpang yang lalu-lalang setiap hari. Lelaki itu sangat patah hati dan membuat keputusan untuk hidup lapar sebagai gelandangan di stesen tersebut
Dia terus hidup dengan bantuan pekerja sosial dan orang yang lalu-lalang. Penjaja yang berada di stesen itu kadangkala memberinya makanan manakala ahli keluarga sering melawat dan memberinya pakaian bersih.
Mereka memberinya rumah untuk didiami dan pernah memasukkan dia ke hospital, tetapi dia melarikan diri dan kemudian kembali ke stesen itu untuk menanti kekasihnya yang tak kunjung tiba. Katanya, dia sudah biasa menanti…
PST2015 kembaLi menemui ANDA pada 29 & 30 Mei ini…membawakan Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) dengan…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 7 May 2015