Sejak bercerai, Izreen Azminda tidak putus diajukan soalan tentang teman lelaki. Menurut Izreen beliau sebenarnya takut untuk menerima kehadiran lelaki didalam hidupnya dan akui beliau kini lebih bahagia kerana tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Sekarang saya bahagia kerana tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Saya lebih fikirkan soal kerja dan anak. Lelaki sudah ‘mati’ dalam hidup saya.
Belum fikir lagi ke arah itu (perkahwinan). Saya takut jika lelaki yang saya terima nanti tidak boleh menjaga anak saya.
Izreen memberitahu beliau ada didekati oleh ramai lelaki, namun belum ada yang berjaya mencuri hatinya. Pelakon wanita itu mahu mencari seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh. Pada masa yang sama, Izreen seboleh-bolehnya tidak mahu bercinta dengan rakan artis.
Ada yang mahu mendekati, tetapi belum berjumpa dengan orang yang menepati citarasa. Kalau boleh saya mahu lelaki yang sudah punya kewangan kukuh. Bukanlah seorang yang kaya, cukuplah dia punya pekerjaan sendiri.
Sebelum ini orang lihat saya rapat dengan pelakon lelaki, namun mereka tidak tahu bagaimana sukarnya wujudkan keserasian di lokasi agar lakonan kami menjadi di hadapan kamera.
Bukanlah menolak cinta dengan selebriti. Jika ada yang datang dan rasa sesuai mungkin saya akan teruskan.
Tidak mudah untuk mencari pasangan hidup yang boleh menerima keadaan Izreen sebagai janda anak satu. Namun, jodoh bukanlah satu perkara yang kita boleh ramalkan, siapa tahu satu hari nanti ada lelaki yang boleh mencintai Izreen sepenuh hatinya dan memikul tanggungjawab sebagai bapa yang baik kepada anaknya. Setiap orang perlukan teman untuk berkasih sayang dan mengubati kesunyian didalam hati.