Dua kali melakukan skandal dengan isterinya, Man Bai nampaknya sudah tidak tahan dengan perbuatan seorang warga Singapura. Bakal mengambil tindakan undang-undang, Man Bai telah meng’kantoi’kan perbuatan lelaki itu dan isterinya yang menjalinkan hubungan terlarang menerusi Facebook. Bahaya sungguh media sosial ini jika disalah guna. Boleh porak-peranda rumah tangga dibuatnya.
23 tahun berkahwin, kejadian pertama yang membabitkan isterinya dan lelaki warga Singapura ini ialah pada tahun 2008 sehingga 2012. Setelah dikantoikan, Man Bai telah memberi amaran kepada isterinya dan lelaki itu untuk menghentikan perbuatan tersebut. Namun kali ini mereka kembali membuat skandal. Kata Man Bai:-
Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya. Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua.
Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 sehingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan merea beserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya.
Selepas itu keadaan okey tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama.
Keadaan semakin melampau dan saya tak akan berlembut lagi kali ini. Saya sudah ada semua bukti dan akan bawa perkara ini ke tengah.
Saya sedar dan akui ramai yang bercakap kalau bertepuk sebelah tangan tak mungkin hal ini jadi melarat tapi orang luar hanya boleh buat tanggapan masing-masing. Cerita sebenar hanya saya dan isteri saja yang tahu. Kalau boleh saya mahu pertahankan dan pulihkan semula keadaan.
Man Bai turut sama berkongsi gambar wajah dan identiti lelaki warga Singapura itu di Facebooknya. Semoga dipermudahkan untuk membawa hal ini ke tengah. Cepat-cepat tangkap sebelum terjadi perkara yang tak diingini. Semoga berjaya diucapkan. Sumber Harian Metro.