Beberapa screenshot dari satu video sedang sejak semalam menunjukkan seorag lelaki yang memandu masuk ke Malaysia dari Singapura memberitahu hanya ada dia seorang dalam kereta kepada pengawal kamera rakaman litar tertutup (CCTV).
Hasil pemeriksaan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mendapati hanya ada pemandu itu seorang diri dalam kereta.
Netizen memberi pelbagai reaksi berbeza terhadap screenshot tersebut. Ada yang mendakwa merasa seram melihatnya, dan ada juga yang mendakwa screenshot tersebut telah disunting dengan memasukkan imej mayat berkafan untuk tujuan sensasi. Berikut ialah dua screenshot dari rakaman video tersebut.
Namun, telah tersebar juga kenyataan dari pengawal CCTV tersebut yang enggan namanya diketahui mengenai kejadian yang berlaku pada 1 Disember lepas, jam 3.30 pagi. Dia mendakwa kejadian itu benar berlaku dan screenshot tersebut bukan disunting.
Walau bagaimanapun, ini sebenarnya bukan perkara yang pelik, kerana pelbagai orang juga mengalaminya. Sesungguhnya tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini dengan keizinan-Nya. Mungkin ia hanya memperlihatkan diri, menumpang, atau ingin ‘mengusik’. Hanya Allah saja yang tahu jawapannya. –amazingnara.com
Kredit: Malaysia Response Team