Lelaki Singapura Dituduh Rogol Wanita Tiga Kali Di Tiga Lokasi Dalam 20 Minit

Trending

Lelaki Singapura Dituduh Rogol Wanita Tiga Kali Di Tiga Lokasi Dalam 20 Minit

Dalam masa 20 minit, seorang lelaki berusia 26 tahun dituduh merogol seorang wanita 24 tahun sebanyak tiga kali di tiga lokasi berbeza sepanjang Martin Road menuju ke River Valley Close selepas tengah malam Tahun Baru Cina 2013.

Dalam laporan The Straits Time, seluar dalam mangsa yang koyak ditemui dalam semak di lokasi pertama, manakala zip baju wanita itu yang mempunyai tompokan darah ditemui tertanggal.

Advertisement

003339mnvo4dnnhjdo1bmhMenggelar kes itu sebagai ‘tindakan berani yang memalukan’, pendakwaraya membuka kes terhadap rakyat Singapura Lim Choon Beng, kini 30, untuk tiga pertuduhan merogol, tiga tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan mencabul kehormatan.

Lim tidak mengaku bersalah dan mencabar kesemua tujuh pertuduhan dalam satu perbicaraan yang dijadualkan berlangsung selama lapan hari mulai 3 Mei di Mahkamah Tinggi. Lim mendakwa tidak ingat perlakuannya malam itu. Peguamnya ialah Anand Nalachandran yang diupah menggunakan Skim Bantuan Undang-undang Penjenayah.

Saksi pertama ialah mangsa tersebut, seorang artis persembahan dari China, yang memberi keterangan dalan kamar tertutup. Satu perintah mahkamah telah menegah identitinya dari didedahkan kepada umum.

Timbalan Pendakwaraya Awam Lin Yinbing memberitahu pada kenyataan pembukaannya bahawa mangsa, kini 27, akan memberi keterangan bagaimana dia ditahan oleh tertuduh dan diserang secara seksual di sebuah jalan awam.

Saksi seterusnya akan memberikan keterangan untuk pihak pendakwa termasuk seorang saksi bebas yang menelefon polis setelah melihat Lim menindih badan wanita itu yang sedang menangis, seorang penunggang motorsikal yang menumpangkan wanita itu ke balai polis dan rakan kepada mangsa yang menerima panggilan dari mangsa yang memberitahu telah dirogol.

Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan bukti forensik untuk membuktikan kes terhadap Lim.

DNA Lim juga dikatakan ditemui pada bra mangsa, darah mangsa terpalit pada pakaian tertuduh dan terdapat tanah pada pakaian tertuduh dan mangsa.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...