Lelaki Simpan Kuku Sendiri Setahun Untuk Dijadikan Permata Cincin Pertunangan

Kehidupan

Lelaki Simpan Kuku Sendiri Setahun Untuk Dijadikan Permata Cincin Pertunangan

Sebut sahaja cincin, pasti semua wanita mempunyai impian untuk memiliki cincin yang cantik pada majis perkahwinan mahupun pertunangan.

Namun idea cincin pertunangan lelaki dari Jepun ini sangat unik dan kreatif.

Advertisement

Beliau telah membuat sebuah cincin menggunakan kukunya sendiri menjadi batu permata hitam menurut laporan South China Morning post.

Apa yang anda semua perlu tahu, batu permata ini menggunakan kukunya yang disimpan selama setahun.

Beliau telah memasukkan video proses membuat permata cincin ini di Youtube channel miliknya, Kiwami Japan.

Video ini memaparkan proses pembuatan cincin daripada beribu kuku yang dipotong olehnya kemudian di simpan dalam sebuah balang kaca selama 365 hari.
kuku dipotong

Hasilnya setelah melalui beberapa proses, kuku tadi telah bertukar menjadi warna hitam seperti tanah liat yang hitam dan melekat. Kemudian ia dimasukkan ke dalam acuan bentuk berlian.

Batu permata hitam ini kemudian diletakkan pada cincin perak yang telah dihasilkan olehnya.

batu permata hitam

 

Jika anda diberikan cincin yang dibuat daripada kuku, adakah anda akan menerimanya?

 

Sumber: South China Morning Post

 

.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...