Lelaki Sikh Ulang Alik Dengan Motorsikal Selamatkan Muslim Daripada Diserang Perusuh Di India

Kehidupan

Lelaki Sikh Ulang Alik Dengan Motorsikal Selamatkan Muslim Daripada Diserang Perusuh Di India

Konflik yang berlaku diantara masyarakat Hindu dan Islam di India masih lagi belum menampakkan jalan penyelesaiannya. Buat masa ini, masyarakat Muslim di sana menjadi mangsa serangan oleh kaum Hindu yang bertindak memukul dan membakar rumah-rumah milik mereka.

Semuanya gara-gara rang undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan India yang dilihat cuba menghapuskan komuniti Islam di sana. Parlimen India telah meluluskan rang undang-undang kewarganegaraan yang mengubah dasar nasionalis India.

Advertisement

Baca: India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nasib Muslim Di India

Di sebalik kekecohan ini, masih ada insan berhati mulia yang cuba melindungi masyarakat Muslim di sana. Mohinder Singh bersama anaknya, Inderjit Singh berulang-alik membantu menyelamatkan orang Islam daripada diserang oleh kaum Hindu. Berdasarkan laporan, dia telah menyelamatkan kira-kira 60 orang dengan hanya menggunakan motorsikalnya.

Tetapi menurutnya, dia tidak mengambil kira sama ada orang yang diselamatkan itu adalah Islam mahupun Hindu dan hanya terus menyelamatkan mereka.

Dia dan anak lelakinya berulang-alik sebanyak 20 kali dengan motorsikalnya dan membawa semua mangsa ke dua buah kampung yang terletak sejauh dua kilometer daripada situ. Bagi menyembunyikan identiti mereka, Mohinder dan anaknya telah memakaikan serban seperti pakaian orang Sikh kepada mangsa untuk mengelakkan diri dari perusuh.

rusuhan india

Tindakan berani itu telah menyelamatkan lebih 80 orang Islam di sana daripada serangan perusuh. Pada masa ini, perusuh turut mensasarkann rumah milik masyarakat Islam untuk diserang menyebabkan mereka meninggalkan kediaman masing-masing.

Menurutnya lagi, dia hanya membantu masyarakat Muslim atas dasar perikemanusiaan sesama insan dan tidak sanggup melihat mereka dipukul terutamanya kanak-kanak. Selain itu, dia turut memberitahu pernah berada dalam situasi yang sama pada rusuhan anti-Sikh pada tahun 1984 dan sekarang tiba masanya untuk membantu pula.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...