Lelaki Sesak Nafas & Meninggal Dunia Ketika Mendaki

Trending

Lelaki Sesak Nafas & Meninggal Dunia Ketika Mendaki

Seorang lelaki yang berusia 58 tahun mandaki bukit di Taman Botani berhampiran Tanjung Bungah, Bagan Jermal semalam meninggal dunia akibat sesak nafas.

Anggota Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.02 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang perlu mendaki sejauh 2 kilometer.

Advertisement

Pasukan bomba dimaklumkan bahawa lelaki terbabit yang melakukan aktiviti mendaki bersama tujuh lagi rakannya dan kemudiannya dilihat mengalami sesak nafas sebelum pengsan.

Anggota bomba menaiki kereta pacuan empat roda selama 10 minit dan mendaki kira-kira dua kilometer (km) untuk ke lokasi.

Walaubagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM yang bertugas. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...