Lelaki Serlah Kreativiti Cipta Payung DIY Guna Plastik Makanan

Trending

Lelaki Serlah Kreativiti Cipta Payung DIY Guna Plastik Makanan

Seperti yang kita tahu, rakyat Malaysia sememangnya mempunyai kreativiti dan berbakat dalam perkara yang melibatkan challenge atau yang mengikut trend ini.

Terutamanya kini di laman media sosial TikTok, kita dapat lihat pelbagai tarian, nyanyian mahupun lakonan yang sekelip mata boleh jadi terkenal dan menjadi trend gara-gara salah satu video mereka yang viral.

Advertisement

3 years ago

Kreatif! Pemuda Buat Pasu Bunga Daripada Kain Terpakai

Antara challenge di TikTok yang pernah terkenal dan menjadi viral termasuklah inang challenge, ‘any song’ challenge, Jemimah challenge dan banyak lagi.

Tularnya challenge serta trend ini sehinggakan ramai artis dan influencer di media sosial juga turut melakukannya.

Kreativiti terserlah cipta payung kitar semula daripada macam-macam jenama plastik makanan

Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama Ken Cheng yang memaparkan dirinya sedang menggabungkan pelbagai jenis plastik makanan dan seperti ingin mencipta sesuatu.

Antara plastik makanan yang ada termasuklah plastik mi segera jenama Maggi, plastik roti jenama Gardenia, plastik makanan ringan jenama Twisties dan bermacam-macam lagi.

Perkara yang berjaya meraih perhatian netizen di dalam perkongsian video tersebut adalah apabila di hujung video itu barulah ramai dapat tahu yang gabungan plastik makanan itu rupa-rupanya dibentuk menjadi sebuah payung.

Kreativiti seorang lelaki terserlah, cipta payung DIY daripada plastik makanan

Payung ciptaan pemuda tersebut hasil gabungan plastik makanan – via TikTok

Ramai tidak menyangka ia akan menjadi sebuah payung. Terserlah sisi kreatif pemuda tersebut kerana payung yang dicipta hasil kitar semula plastik makanan itu ternyata cantik dan boleh berfungsi dengan baik.

“Cuba bagitau brand apa je tak ada. Semua brand ada.”

Perkongsian video tersebut telah mendapat sehingga 954.9 ribu tontonan, 220.3 ribu tanda like dan 6.7 ribu komen. Rata-rata netizen berasa kagum melihat payung ciptaannya itu serta memuji kreativiti pemuda tersebut.

Ada juga yang berseloroh mengatakan payung ciptaan pemuda tersebut sangat berharga kerana bukan sahaja terdapat satu brand, malah banyak brand yang ada di payung tersebut.

Komen netizen tentang payung DIY daripada plastik makanan

Komen netizen di ruangan komen perkongsian pemuda tersebut – via TikTok

Anda rasa anda boleh ke jadi kreatif macam pemuda tersebut? Pujian harus diberi kepada pemuda tersebut bukan sahaja kerana kreativitinya, malah dia juga membantu menyelematkan bumi dengan melakukan kitar semula.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...