Seorang gelandangan sanggup mendapatkan pelitup muka walaupun terpaksa menyelongkar timbunan sampah bagi mengelakkan daripada didenda oleh pihak berkuasa.
Menerusi perkongsian seorang pengguna bernama Khalid di Twitter, gambar itu dirakam di Pasar Besar Ampangan, Seremban.
Guys, gambar ni kat Pasar Besar Ampangan, Seremban. Banyak yg DM aku tanya siapa pakcik ni. Dia lepak kat tepi jalan jalan kat Seremban. Sapa nak cari dia kalau jumpa tolong bagi DM aku and aku transfer balik RM 50 (untuk dia la bukan korang!) kalau korang jumpa. https://t.co/wLkNTrx1Dv
— Khalid The One Man Army (@khalids) August 2, 2020
“Pakcik nak cari topeng, kalau tak pakai nanti kena saman.”
Di dalam perkongsian itu, dia turut memohon jasa baik sesiapa untuk memaklumkan kepadanya jika terjumpa lelaki berkenaan.
Perkara ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dan pendapat daripada netizen. Ramai yang melahirkan rasa keliru mengapkah lelaki terbabit bertindak demikian dan ada yang turut berpendapat dia mungkin mengumpul topeng terpakai untuk dijual semula.
Khalid meminta orang ramai supaya tidak mudah menghukum terhadap mana-mana individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam kerana mereka mungkin tidak mempunyai kemampuan untuk membelinya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.