Pelakon, Anzalna Nasir menyeru agar kaum wanita tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir berkata wanita perlu berani untuk melawan dan mempertahankan diri demi keselamatan diri.
Kita sebagai wanita tidak boleh sesekali biarkan suami naik tangan.
Kepada semua wanita di luar sana, jangan takut untuk bersuara!
Pelakon itu turut menegaskan bahawa mempertahankan perkahwinan bukanlah alasan untuk terus berada dalam situasi yang membahayakan diri.
Menurutnya, maruah dan keselamatan jauh lebih penting daripada hubungan yang telah musnah.
Betul penceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan.
Tapi, biarkan diri dipukul sehingga ada kecederaan serius adalah lebih teruk.
Lelaki sejati tidak akan naik tangan dekat wanita!
Kenyataan itu dibuat susulan pendedahan mengejutkan yang dibuat oleh pelakon Zahnita, yang memuat naik gambar menunjukkan matanya lebam akibat dipukul suami.