Lelaki Seharusnya Melindungi Wanita – Neelofa Bengang Dengan Lelaki Tampar Wanita Tidak Bertudung

Hiburan

Lelaki Seharusnya Melindungi Wanita – Neelofa Bengang Dengan Lelaki Tampar Wanita Tidak Bertudung

Baru-baru ini , viral video seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki dikhalayak ramai ketika sedang menunggu bas gara-gara tidak memakai tudung. Untuk pengetahuan anda, insiden itu berlaku di Malaysia dan lebih memalukan ia turut mendapat liputan portal akhbar terkenal Daily Mail.

Advertisement

Insiden memalukan itu turut mendapat perhatian selebriti popular Neelofa yang bengang dengan tindakan lelaki tersebut. Menerusi akaun Instagramnya, Neelofa meluahkan rasa kecewanya terhadap layanan segelintir pihak terhadap wanita bertudung.

Neelofa turut berpendapat kelakuan tersebut memburukkan lagi nama Islam dan meminta kaum wanita untuk tidak takut melindungi kaum sejenis sekiranya mereka dikasari.

Difahamkan, wanita yang ditampar adalah pekerja kilang warga Indonesia manakala lelaki yang menyerang mereka adalah warga tempatan. Kejadian tersebut berlaku di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada Jumat lepas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...