Lelaki Sanggup Bunuh Dan Goreng Kaki Teman Wanita Hanya Kerana Lapar Selepas Penat Berparti

Kehidupan

Lelaki Sanggup Bunuh Dan Goreng Kaki Teman Wanita Hanya Kerana Lapar Selepas Penat Berparti

Hanya disebabkan lapar semata-mata, seorang lelaki di Ukraine sanggup bertindak di luar kawalan dan membunuh teman wanitanya untuk dijadikan santapan makan malam. Suspek Oleksandr yang berusia 41 tahun mengaku melakukan perbuatan kejam itu ketika kedua-dua mereka berparti di rumah di bandar Kryvyi Rih.

Di dalam kejadian itu, lelaki tersebut bergerak ke dapur rumahnya untuk mengambil pisau sebelum menikam leher teman wanitanya itu. Lebih menyedihkan, dia bertindak memotong kaki teman wanitanya itu bagi memastikan dia tidak lagi bernyawa.

Advertisement

rumah

Suspek kemudian mengambil kaki teman wanitanya itu untuk digoreng sebelum dimakan untuk menghilangkan rasa laparnya. Manakala, bahagian badan mangsa yang lain dimasukkan di dalam guni dan diheret sejauh 500 meter untuk disembunyikan di dalam semak berhampiran sungai.

Tetapi perbuatannya itu terbongkar apabila keesokan harinya, seorang lelaki bernama Mykola dan anaknya menjumpai guni tersebut ketika ingin memancing di kawasan tersebut. Mereka kemudian membuat laporan polis mengenai penemuan anggota badan mangsa itu dan polis telah menahan suspek.

“Saya dan anak mencari tempat memancing sebelum nampak kaki tersadung pada guni itu dan mendapati ada punggung manusia terkeluar darinya.”

pembunuhan kejam

Lokasi guni tersebut ditemui

pembunuhan kejam

Seluar dipakai mangsa

Penduduk tempatan kemudian cuba mengenalpasti identiti mangsa sebelum memberikan maklumat dan alamat teman lelaki mangsa kepada pihak polis. Berita pembunuhan kejam itu mengejutkan ramai pihak terutamanya penduduk di sekitar kawasan tersebut. Mangsa yang berusia 50 tahun itu sebelum ini dilihat sering keluar bersiar-siar dengan teman lelakinya itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...