Lelaki Sambut Hari Lahir Dengan Makan Semula Set Makanan McDonald’s Yang Disimpan Bawah Tanah Selama 14 Bulan

Kehidupan

Lelaki Sambut Hari Lahir Dengan Makan Semula Set Makanan McDonald’s Yang Disimpan Bawah Tanah Selama 14 Bulan

Pernah tak anda sambut hari jadi dengan cara yang unik? Mungkin bagi anda ianya dah cukup unik tapi ada lagi cara yang lebih unik untuk sambut hari jadi macam yang dibuat oleh pemuda berusia 40 tahun ini. Demi menjadikan sambutan hari jadinya yang ke 40 sesuatu tak dapat dilupakan, dia telah menyimpan set hidangan dari McDonald’s selama 14 bulan!

Matt Nadin dari Yorkshire membeli set McDonald’s lengkap dengan kentang goreng dan chocolate milkshake pada November 2018. Sebelum sambutan hari jadinya, dia menanam set makanan itu di taman di rumah kawannya. Dia bercadang untuk menggali semula makanan itu pada November tahun lepas tetapi terlewat dan hanya menggalinya kini.

Advertisement

Makan di McDonald’s

matt nadin

Dia kemudian membawa set makanan itu ke cawangan McDonald’s, tempat dia membeli hidangan itu setahun yang lalu. Seperti yang dapat diagak, set makanan yang disimpannya itu tidak lagi berada dalam keadaan yang elok. Terdapat kesan kulat pada kentang goreng dan milkshake coklat itu juga sudah basi.

kentang goreng

burger

Menurutnya, burger itu masih boleh dimakan tetapi sayurnya sudah berada dalam keadaan yang teruk. Daging burger itu juga sudah keras dan tidak dapat digigit. Sewaktu rakaman, dia juga dilihat beberapa kali seperti mahu muntah selepas menjamah set hidangan itu.

matt nadin

Rasa milkshake ini dah berubah sepenuhnya tak lagi sama seperti dulu. Minuman ini kini terasa seperti minuman bergas dan smoothie buah-buahan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu sering menyahut cabaran makan makanan yang pelik dan tidak elok semenjak daripada zaman kolej lagi. Dia juga mempunyai akaun YouTube dan sering memuatnaik video mencuba makanan aneh dan mengembara. Cabaran dinamakan sebagai ‘McDonald’s 365 challenge’ ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang berasakan ianya sangat membahayakan kesihatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...