Lelaki Rusia Belasah Isteri Kemudian Ambil Gambar Untuk Cakap Besar Dengan Rakan-rakan

Trending

Lelaki Rusia Belasah Isteri Kemudian Ambil Gambar Untuk Cakap Besar Dengan Rakan-rakan

Seorang lelaki yang membelasah isterinya sehingga koma dan merakam keadaan isterinya selepas dibelasah untuk bercakap besar dengan rakan-rakannya berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana isterinya meninggal dunia.

Maxim Gribanov, 34, menyerang isterinya, Anastasia Ovsiannikova, 28, di rumah mereka di bandar Lebedyan, barat Russia, setelah wanita malang itu memberitahu ingin berpisah.

Advertisement

Setelah menendang dan menumbuk Anastasia selama berjam-jam sehingga berbirat biru dan hitam di seluruh badan, dia telah merakam gambar isterinya. Dia kemudiannya menghantar gambar itu kepada rakan-rakan mendakwa Anastasia ‘berada dalam keadaan terkawal’.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Gambar-gambar mengerikan wanita itu sedang duduk di sofa dengan kecederaan menakutkan di kepala dan seluruh badan kini muncul di Internet.

Berjaya menelefon perkhidmatan kecemasan, wanita berusia 28 tahun yang berambut perang itu dikejarkan ke hospital dengan luka parah, pendarahan dalaman serta tulang-temulang yang patah.

Dia kemudiannya jatuh koma dan meninggal dunia dengan tragik enam hari kemudiannya.

Menurut rakan-rakan dan ahli keluarga, Anastasia yang sudah lama menderita didera suaminya mengambil masa yang lama untuk membina semangat meninggalkan Grimanov kerana telah menemui lelaki yang lebih baik.

Tetapi Anastasia memberitahu mereka dia takutkan reaksi suaminya.

Untuk beberapa tahun dia telah dibelasah oleh suaminya itu.

Grimanov telah memaksa Anastasia berhenti kerja di dewan bandaraya dan mengugut abang dan bapa Anastasia supaya tidak melaporkan penderaannya kepada pihak berkuasa.

Jurucakap polis, Yulia Kuznetzova, memberitahu pemberita tempatan:

Pada mulanya lelaki itu didakwa atas pertuduhan menyerang yang menyebabkan kecederaan parah.

Tetapi setelah isterinya meninggal dunia, pertuduhan ditukar dan suspek sudah mengaku bersalah atas sebahagian pertuduhan. Katanya, dia mempunyai sebab memukul Anastasia.

Rakan keluarga Anastasia memberi komen:

Anastasia seorang yang penuh harapan dan menceriakan, tetapi lelaki ini telah mencabut nyawanya. Lelaki ini perlu dilayan serupa seperti apa yang telah dilakukannya pada Anastasia.

Gribanov berdepan hukuman 15 tahun penjara. – amazingnara.com

Sumber: Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...