Satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan tanpa seurat benang.
Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pemandu dan dikongsikan di laman sosial Facebook serta telah mendapat lebih 200,000 ribu tontonan.
Walau bagaimanapun, waktu serta lokasi kejadian dan sebab penunggang motosikal itu bertindak sedemikian masih belum dapat dipastikan.
Melihat ke ruangan komen, ramai yang terperanjat dengan tindakan lelaki berkenaan menunggang motosikal dalam keadaan sedemikian dan dianggap berbahaya kerana menunggang di lorong tengah lebuh raya tanpa topi keledar serta berbogel.
Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa lelaki tersebut mengalami gangguan mental dan terlibat dalam kes bunuh anak dan isteri akibat tekanan.
Susulan penyebaran video itu, info terhadap kes tragik berkenaan telah dikongsikan oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter tentang kejadian kelar anak berusia tiga bulan dan ibu muda berumur 26 tahun yang berlaku di Bakar Batu, Johor Baru.
Kes tragik.
Ibu muda usia 26 dan bayinya 3 bulan ditemui mati di sebuah rumah di Bakar Batu, JB, tengah hari tadi.
Susulan kejadian itu, suspek lelaki tempatan usia 24 ditahan dalam keadaan berbogel sambil tunggang motosikal (seperti viral di media sosial): KPD JB Selatan
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 4, 2022
Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu didakwa mempunyai kaitan dengan kes bunuh terbabit dan telah pun ditahan dalam keadaan berbogel sambil menunggang motosikal seperti mana yang ditunjukkan di dalam video ‘viral‘ berkenaan.