Seorang lelaki dari Ciamis, Jawa Barat mengelilingi kampungnya untuk berniaga daging ‘kambing’ yang dibawanya di dalam karung.
Sambil mengelilingi satu per satu rumah jirannya pada hari Jumaat, dia mempromosikan daging tersebut.
Beli daging Yanti, beli daging Yanti.
Bila jiran tengok….
Namun apabila jiran mendekati, mereka terkejut apabila mendapat tahu ia merupakan anggota badan dan daging isteri lelaki bernama Tarsum itu.
Ia mengejutkan ramai tetangga apabila mendapat tahu lelaki berusia 41 tahun itu telah membunuh isterinya kerana mereka dikatakan tiada masalah rumah tangga.
Kerja harian dia adalah jual kambing. Nak dikatakan bankrap, tidak juga kerana masih berjualan. Semalam (Khamis) dia masih keluar seperti biasa untuk berniaga.
Ketua kampung, Yoyo Tarya juga turut ditawarkan daging tersebut dan selepas mendapat tahu kisah sebenar dia terus ke balai polis terdekat untuk membuat laporan.
Pihak polis dengan bantuan penduduk setempat kemudian menangkap Tarsum yang dilihat dalam keadaan seperti tidak waras.
Suspek dan mangsa pada mulanya mahu mengikuti pengajian di masjid. Suspek kemudian memukul kepala isterinya dengan kayu dan membunuhnya. Suspek berlari ke rumah untuk ambil pisau dan mengerat kaki dan tangan mangsa. Kejadian itu berlaku di jalan kampung (depan kediaman) bukan di dalam rumah.
Dipercayai kemurungan
Tarsum dipercayai mengalami kemurungan kerana menurut saksi dia cuba menamatkan riwayatnya dengan ‘menghentak’ kepala ke dinding rumah.
Difahamkan, selepas ditahan pihak berkuasa Tarsum ada bertanyakan tentang keluarganya iaitu dua anaknya dan Yanti seolah-olah wanita itu masih ada.
Motif Tarsum membunuh isterinya, Yanti masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.