Lelaki Pukul Wanita Dikenali Di WeChat Kerana Hampa Wajah Tidak Secantik Gambar

Trending

Lelaki Pukul Wanita Dikenali Di WeChat Kerana Hampa Wajah Tidak Secantik Gambar

Wang yang dibelanjakan oleh seorang pemuda di Bandung, Indonesia ini sungguh sia-sia.  Dia membelanjakan duit hingga puluhan juta rupiah untuk bertemu dengan wanita pujaan hatinya yang dikenalinya melalui dunia maya.
editmuka
Namun, alangkah terkejutnya pemuda itu saat menyaksikan wajah asli sang wanita pujaan hati. Lantaran begitu kecewa, dia telah memukul wanita itu kerana menggunakan gambar yang diedit.

Pemuda itu bengang kerana  saat bertemu pertama kali dan menyaksikan wajah sang wanita pujaannya itu ternyata tidak sama dengan foto yang ada di sosial media tempat mereka berdua berhubung.

Diberitakan, keduanya berkenalan melalui laman sosial WeChat sejak sebulan lalu. Pemuda bernama Sandi datang dari Jakarta,sementara sang wanita bernama Zevina, berasal dari Bandung.Mengagumi akan kecantikan wajah Zevina yang memiliki mata bulat dan kulit yang putih, Sandy memutuskan untuk bertemu Zevina. Dia menghabiskan jutaan rupiah untuk terbang ke Bandung dan tinggal di hotel, sebelum akhirnya dikecewakan dengan wajah Zevina yang tidak mencapai piawaian yang dijangkakannya.

Merasa kesal dan tertipu dengan Zevina yang nyata mempunyai tubuh gemuk dan wajah berjerawat, Sandy memulakan pertikaian dan memukul Zevina. Ucap Zandy emosional:

Advertisement

Bagaimana boleh berbeza sejauh itu? Itu bukan kau kan?

Zevina telah menjawab sewaktu pertemuan mereka.

Itu saya. Itu foto yang telah diedit dan saya gunakan solekan. Sekarang ini wajah saya tidak ada solekan.

Mereka berdua lalu berkelahi di hadapan orang yang lalu-lalang. Sandy lalu memukul Zevina. Dia juga akhirnya juga ditangkap polis susulan perbuatannya. Sewaktu disoal siasat di balai polis, Sandi merengus:

Mulai sekarang ini, saya tidak ingin lagi percaya cinta dunia maya kerana semuanya nyata palsu!

-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...