Lelaki Pukul & Ugut Tikam Anak Tiri Usia 15 Tahun Kerana Tidak ‘Restu’ Perkahwinan Dengan Ibunya

Kehidupan

Lelaki Pukul & Ugut Tikam Anak Tiri Usia 15 Tahun Kerana Tidak ‘Restu’ Perkahwinan Dengan Ibunya

Seorang lelaki disyaki memukul dan mengugut untuk menikam anak tirinya berusai 15 tahun selepas mendapat tahu remaja itu tidak menyukainya sebagai bapa tiri.

Menurut Kosmo, kejadian itu berlaku di Bertam, Melaka dan lelaki berusia 41 tahun berkenaan telah ditahan sepasukan polis dari dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka selepas isterinya dan mangsa membuat laporan.

Advertisement

Sumber memaklumkan bahawa mangsa telah meluahkan rasa kecewa kepada ibunya tentang perkahwinannya dengan suspek sejam empat tahun lalu.

lelaki ditahan polis

Gambar hiasan

Namun, perbualan tersebut telah didengari oleh abang suspek yang terus memaklumkan kepada lelaki berkenaan menyebabkannya berang.

Suspek memukul remaja lelaki tersebut di kepala dan badannya menggunakan tangan.

 

Ugut tikam mangsa

Tambahnya, isteri suspek cuba meleraikan pergaduhan itu dan mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berjaya melarikan diri ke dapur.

Suspek mengejar mangsa dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur menyebabkan ibu remaja berkenaan panik dan menjerit meminta anaknya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

Abang suspek yang mencampuri urusan rumah tangga keluarga berkenaan kemudian mengarahkan mangsa untuk pulang ke rumah dan menjelaskan hal itu kepada bapa tirinya.

Selepas mendengar penjelasan mangsa, suspek meminta isterinya untuk menasihati remaja itu sekiranya tidak mahu perkara diingini berlaku termasuk kemungkinan ditikam.

Majistret Mahkamah Ayer Keroh N. Sivashangari memerintahkan suspek ditahan reman selama sehari bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri, Watie Tampil Bersuara - "Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati"
2025-07-15 14:16:00

Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri, Watie Tampil Bersuara - "Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...