Lelaki Pukul Rakan Guna Penyapu Hingga Buta Gara-gara Tidak Melawan Penyelia

Trending

Lelaki Pukul Rakan Guna Penyapu Hingga Buta Gara-gara Tidak Melawan Penyelia

Seorang lelaki berusia 39 tahun buta mata kanan akibat dipukul oleh rakannya menggunakan penyapu di sebuah rumah Kampung Binunuk, Beaufort.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak polis mendapat laporan daripada ibu mangsa semalam selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya mengatakan dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan mata. Dia juga memberitahu yang matanya sudah tidak boleh melihat lagi.

Advertisement

Mangsa yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (QEH), Kota Kinabalu mengatakan kejadian yang berlaku pada 12 Februari berpunca apabila suspek tidak berpuas hati kerana mangsa tidak melawan ketika dimarahi oleh penyelia di tempat kerjanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak mangsa minum bersama suspek di dalam rumah seblum dicabar oleh suspek sambil mematahkan sebatang penyapu.

Suspek tiba-tiba memukulnya di bahagian muka dan terkena di bahagaian mata sebelah kanan sebelum beredar ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

Akibat daripada kejadian itu, doktor yang merawat mangsa mengesahkan mata mangsa akan mengalami kecacatan kekal.

Sehubungan itu, suspek ditahan dan suspek menafikan tindakannya yang memukul mangsa pada kejadian itu. Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...