Lelaki Pokok Rela Tangan Dipotong

Kehidupan

Lelaki Pokok Rela Tangan Dipotong

Seorang bapa dari Bangladesh yang digelar sebagai ‘lelaki pokok’ kerana penyakit yang dialaminya rela kedua-dua tangan dipotong bagi menghilangkan kesakitan dan penderitaannya.

Sejak 2016, Abul Bajandar, 28, telah menjalani 25 pembedahan untuk membuang ‘kulit kayu’ pada tangan dan kakinya di Dhaka Medical College Hospital.

Saya tidak boleh menahan sakit ini lagi, Ini kerana saya tidak boleh tidur sepanjang malam.

Advertisement

Saya menyuruh doktor untuk memotong tangan saya agar saya boleh menghilangkan rasa sakit yang dialami selama ini.

Bapa kepada seorang anak ini menderita penyakit epidermodysplasia verruciformis, keadaan genetik jarang berlaku juga dikenali sebagai ‘sindrom manusia pokok’.

Penyakit yang dialami oleh Abul menyebabkan banyak ketumbuhan ketuat pada anggota badan dan semakin banyak hingga menyebabkan imun badan seseorang menjadi lemah.

Pesakit yang menghidap penyakit ini terdedah dengan kanser kulit.

Doktor hampir mengisytiharkan rawatan itu berjaya, namun Bajandar kembali dimasukan ke hospital Januari lalu selepas keadannya bertambah buruk.

Abul berkata, beliau ingin mendapatkan rawatan dari luar negara untuk rawatan yang lebih baik. Tetapi tidak cukup wang untuk menanggung kos rawatan di sana.

Sementara itu, ketua pakar bedah plastik di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen berkata, panel tujuh doktor akan membincangkan keadaan Bajandar hari ini.

Sumber: INDEPENDENT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...