Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membabitkan dakwaan mencemarkan al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau di Mahkamah Sesyen Kuantan.
Menurut laporan Bernama, pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), S Vikneswaran, 21, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad, memetik Malaysia Kini.
Sumber : Harian Metro Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana memijak al-Quran dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu merupakan penghinaan terhadap Islam.
Dia turut didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik melampau dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.
Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Pada 25 Februari lalu, seorang pelajar UMPSA dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki memijak al-Quran serta memuat naik dan menyebarkan gambar perbuatan tersebut.
Semalam, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman dilaporkan memaklumkan bahawa sebanyak 82 laporan polis telah diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
