Lelaki Persenda Peminta Sedekah Kelaparan Jadi Kecaman Netizen

Trending

Lelaki Persenda Peminta Sedekah Kelaparan Jadi Kecaman Netizen

Tindakan seorang lelaki memuat naik videonya mempersenda seorang peminta sedekah yang kelaparan di akaun TikTok mengundang padah apabila perbuatannya itu mendapat kecaman netizen.

ejek

Advertisement

Dia yang menggunakan nama ‘Teh Tarik’ dilihat sedang duduk di bangku sebuah kedai dobi dan di belakangnya kelihatan seorang lelaki tua.

Dalam video tersebut kelihatan dia memanggil lelaki tua dan kurus yang sedang kelaparan itu sambil mengejeknya.

Pemuda itu menganggap lelaki tua tersebut mempunyai muslihat kerana pada mulanya meminta wang dan kemudian meminta makanan. Dia seolah-olah tidak percaya lelaki tua itu benar-benar dalam kesusahan.

Sambil meniru apa yang dibuat lelaki tua berkenaan di hadapan kamera, dia juga dilihat mengejeknya sehingga lelaki itu bangun dan berlalu pergi.

ejek

Video tersebut kemudiannya dimuat naik pula di laman Facebook ‘We Are Malaysian’ oleh netizen. Perkongsian itu menyebabkan dia dikecam dan netizen menyifatkan pemuda itu sebagai kejam serta berharap suatu hari nanti dia menerima nasib yang sama.

Menyedari dirinya dikecam hebat, akhirnya pemuda yang menggunakan nama Dany Albadillah di Facebook itu mengaku salah dan memohon maaf kepada lelaki tua berkenaan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...