Lelaki Pernah Jadi Viral Sebelum Ini Di JPJ, Kini Maut Akibat Ditembak

Trending

Lelaki Pernah Jadi Viral Sebelum Ini Di JPJ, Kini Maut Akibat Ditembak

1

Masih ingat lagi seorang lelaki yang jadi viral ekoran mengamuk di JPJ? Beliau adalah seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kereta ditemui maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi, lapor Astro Awani.

Advertisement


Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah maut serta merta selepas terkena lima das tembakan di kepala dan badanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan juga sedang dikenalpasti.
Hasil semakan, Syed Amen amin sebelum ini pernah menjadi viral di laman sosial apabila beliau dipercayai mengamuk di pejabat JPJ dan sedang menanti perbicaraan berhubung kes mengaibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November lalu.
6

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...