Masih ingat lagi seorang lelaki yang jadi viral ekoran mengamuk di JPJ? Beliau adalah seorang pengusaha nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cuci kereta ditemui maut apabila ditembak di Jalan Dato Keramat, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi, lapor Astro Awani.
Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46, dipercayai ditambak daripada jarak dekat di dalam kereta kereta Mercedes Benz miliknya ketika berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah maut serta merta selepas terkena lima das tembakan di kepala dan badanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, suspek juga melepaskan sedas tembakan ke arah dua orang anggota RELA yang mengawal premis tersebut, namun tidak mengenai mereka.