Lelaki Perempuan Tinggal & Tidur Serumah! Buat ‘Content’ Ala Rancangan Realiti, Isa Isarb Terima Kecaman

Trending

Lelaki Perempuan Tinggal & Tidur Serumah! Buat ‘Content’ Ala Rancangan Realiti, Isa Isarb Terima Kecaman

Youtuber yang dikenali dengan contentprank’ atau ‘challenge’, Isa Isarb menerima kritikan ramai warganet selepas salah satu videonya tular.

Menerusi satu hantaran di X, video tersebut telah mengundang pelbagai kritikan dan menimbulkan persoalan seperti motif dan manfaat  content tersebut dirakam.

Advertisement

isa

 

Buat reality show?

Difahamkan, Isa menganjurkan satu cabaran seperti ‘reality show’ di mana peserta yang terdiri daripada lelaki dan perempuan perlu tinggal di sebuah banglo besar selama 77 hari.

Sepanjang tempoh itu juga, akan berlaku penyingkiran ‘peserta’ pada setiap episod mengikut undian penonton.

Netizen mengkritik idea dan content tersebut kerana peserta lelaki dan perempuan hanya berasingan ketika waktu untuk tidur sahaja dan selain daripada itu mereka bergaul bebas di dalam rumah terbabit.

 

Pergaulan bebas dalam rumah membimbangkan

Berdasarkan beberapa episod yang telah dimuat naik, boleh dilihat beberapa katil double decker ditempatkan di dalam kediaman tersebut untuk ‘dorm’ lelaki.

Bukan itu sahaja, pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan di situ juga turut mengundang kecaman warganet dan menimbulkan kerisauan sehingga ada yang mempersoal ibu bapa mereka yang memberi keizinan.

isa isarb

Antara komen dan kritikan warganet di X,

“Apa faedah buat macam ni eh? Cuba la buat program bantu anak muda generate income ke.”

“Yang mak bapak perempuan perempuan tu boleh bagi eh masuk rancangan bod*h ni.”

“Selain daripada boikot produk berkait Israel, content merapu macam ni pun kena boikot.”

Bukan itu sahaja, menerusi X juga seorang individu turut mendedahkan satu alamat kediaman terletak di Shah Alam dan mendakwa ia merupakan lokasi penggambaran video dan semua peserta ditempatkan.

Ramai turut berharap agar ada pihak yang tampil membuat laporan kepada pihak berwajib seperti polis dan jabatan agama agar serbuan dan tangkap dilakukan.

ammar nazhan
10 months ago

"Duduk Dengan Awek Serumah, Tak Bayar Hutang Orang, Biadap" - 'Youtuber' Popular Buat Konten Bersekedudukan Ganggu Privasi Jiran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...