Pelakon berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu, Alvin Chong baru-baru ini mendedahkan ada menerima mesej lucah daripada pelajar sekolah.
Menurutnya dia selalu terima gambar-gambar lucah kemaluan lelaki dan wanita menerusi ‘direct message’ di Instagram.
Banyak kali juga saya terima gambar-gambar lucah di Instagram. Lelaki dan perempuan pun hantar. Bukan tu saja, budak-budak yang masih berpakaian sekolah pun ada yang hantar. Apa nak jadi dengan Malaysia ni?”
Jelasnya lagi, hal sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan ia merupakan satu masalah yang kurang sihat.
Tidak mahu melayan perkara yang tidak elok, Alvin berkata dia tidak memberikan respon terhadap gambar-gambar lucah diterimanya itu.
Katanya, jika mesej sebegitu dibalas pastinya mereka semua akan buat perkara yang sama berulang kali. Alvin turut meluahkan rasa risaunya dengan generasi sekarang.
Namun dia sedar sukar untuk mengubah perkara itu kerana apa yang berlaku di media sosial tidak boleh dikawal.
Dia turut menasihati orang dewasa untuk mendidik budak yang lebih muda kerana mereka ini mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.