Gara-gara mahu berpoligami, seorang lelaki sanggup menipu dengan memalsukan kematian isterinya.
Itu yang dilakukan Suraji, 56 tahun dari Bali, Indonesia tahun lalu namun isterinya, Diah Suartini kemudian hadir ke pejabat agama untuk memaklumkan perkahwinan mereka masih sah.
Menurut laporan, Diah telah ke pejabat tersebut Suraji mengaku telah berkahwin lain dengan seorang wanita bernama Hernanik.
Saya pergi ke pejabat agama kerana hairan bagaimana suami boleh berkahwin lain sedangkan saya tidak memberi izin.”
Ketika itulah dia mendapat tahu bahawa rupa-rupanya namanya telah ditulis sebagai ‘meninggal dunia’. Bukan itu saja, kata dia lagi kebajikannya dan anak-anak sering terabai sejak Suraji berkahwin lain.
Saya sakit hati. Dia menipu mengatakan saya sudah meninggal dunia sejak 2016 demi berkahwin baru.”
Diah dan Suraji berkahwin pada 1 Ogos 1989 dan sudah bersama selama 33 tahun.
Susulan tindakannya itu, Suraji telah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Negeri Denpasar dan rakan subahatnya, Abdul Munir pula dikenakan penjara enam bulan.
Selain itu kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.