Lelaki Palsukan Kematian Isteri, ‘Kantoi’ Masih Hidup – “Takkanlah Mayat Main Tiktok Kan?”

Kehidupan

Lelaki Palsukan Kematian Isteri, ‘Kantoi’ Masih Hidup – “Takkanlah Mayat Main Tiktok Kan?”

Tular di Threads mengenai seorang wanita tampil berkongsi kisahnya selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi mencari jodoh. Menurut wanita tersebut, mereka mula berkenalan di aplikasi tersebut sebelum kedua-duanya memadam aplikasi itu selepas sebulan berkawan dan mendakwa isterinya telah meninggal dunia akibat komplikasi bersalin dan meninggalkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan.

sijil mati

Advertisement

“Dia sanggup amik saya jauh jauh, ulang alik hari hari, semata nak jumpa. Dia di Janda Baik, saya Temerloh. Lepastu setiap kali mental health saya triggered, dia mesti ada mesti datang rumah, jumpa saya sebab takut saya apa apa kan diri sendiri…” – Wanita

Menerusi temubual Beautiful Nara, wanita itu mengakui dia berada dalam keadaan keliru kerana sukar mempercayai dakwaan tersebut. Sepanjang tempoh perkenalan, lelaki itu sanggup berulang-alik jauh semata-mata untuk berjumpanya di Temerloh. Katanya, setiap kali kesihatan mentalnya terganggu, lelaki berkenaan akan hadir ke rumah kerana bimbang dia mencederakan diri sendiri.

Disangka Duda Rupanya Tidak

Tambahnya lagi, sepanjang mereka keluar bersama selama beberapa hari, tiada sesiapa yang mencarinya, sekali gus membuatkan lelaki itu kelihatan seperti duda kematian isteri. Dia juga sudah memaklumkan keluarganya mengenai hubungan tersebut. Bagaimanapun, Ahad lalu ketika lelaki itu menghantarnya ke sesi temu duga kerja, satu notifikasi pada telefon mencetuskan rasa curiga. Wanita itu mendakwa lelaki berkenaan kelihatan gelabah sehingga tertumpahkan air minuman ke atas dirinya.

air tumpah

Selepas kembali dari tandas, lelaki tersebut didakwa mengambil telefon wanita itu dan memberikan nombor yang dikatakan milik ibunya, namun wanita itu kemudian mendapati nombor tersebut sebenarnya milik chalet keluarganya.

Rasa was-was yang semakin kuat mendorong wanita itu meminta bantuan kakak serta rakan-rakannya untuk menyiasat. Hasilnya, mereka menemui akaun TikTok isteri lelaki tersebut yang masih aktif dan baru sahaja memuat naik semula video dalam keadaan gembira.

“Tak sampai 12 minit pun. Takkan mayat main TikTok,” katanya, merujuk kepada saat dia menyedari bahawa isterinya masih hidup.

Wanita itu turut mendakwa pernah dibawa ke chalet milik lelaki tersebut bersama rakan-rakannya. Pada waktu itu, lelaki berkenaan menghantar pulang seorang wanita di hadapannya dan mendakwa individu tersebut adalah adiknya. Namun, menurutnya, wanita itu sebenarnya ialah isteri lelaki berkenaan. Akibat kejadian tersebut, wanita itu meluahkan rasa kecewa dan terkesan dan terpaksa menanggung perasaan serba salah dan tekanan emosi selepas mengetahui perkara sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-04 10:50:05

"Budak Temerloh, Kau Tunggu" - Pempengaruh Dedah Suami Curang Dengan Budak STPM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...