Lelaki OKU Tunjuk Kemaluan Depan Wanita Mengaku Salah

Trending

Lelaki OKU Tunjuk Kemaluan Depan Wanita Mengaku Salah

Dilaporkan seorang lelaki kelainan upaya bisu yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand mengaku salah di Mahkamah Majistret, Kota Bharu pada Selasa atas tuduhan menggosok kemaluan di hadapan seorang wanita pada bulan lalu, lapor Sinar Harian.

Tertuduh, Mr Abdulloh Wae-Samaae, 30, mengangguk faham atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ibrahim Nohammad Ghulam. Berikutan fakta dan hukuman tertuduh akan ditetapkan pada 30 Mei ini.

Advertisement

Individu berkenaan didakwa menggosok kemaluan di hadapan mangsa dimana tindakan itu merupakan isyarat mengaibkan kehormatan diri. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ketika prosiding berlaku, tertuduh mengangguk kepala tanda faham berkaitan pertuduhan dan juga dapat mendengar memandangkan dia hanya bisu dan tidak pekak.

Tertuduh menunjukkan isyarat tangan mengatakan dia ingin pulang namun pihak mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin sementara tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Advertisement

Terdahulu, dilaporkan seorang lelaki berbasikal sedang berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta dan menganggu seorang wanita dengan membuat aksi lucah dihadapannya. Kejadian itu sempat terakam dengan jelas melalui CCTV di kawasan berkenaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...