Lelaki OKU Mental Dipukul Orang Awam Dah Keluar Hospital, Menanti Hari Tunai Umrah Bersama Keluarga

Kehidupan

Lelaki OKU Mental Dipukul Orang Awam Dah Keluar Hospital, Menanti Hari Tunai Umrah Bersama Keluarga

Lelaki berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori mental yang dipukul orang awam di pasar pagi Chukai baru-baru ini, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, sudah dibenarkan pulang selepas dirawat lebih 10 hari di Pusat Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

OKU mental dipukul orang awam

Advertisement

Menurut isterinya, Faridah Abdul Karim, 44, kesihatan suaminya yang lebih dikenali dengan panggilan Paijang berada dalam keadaan baik dan dia juga sudah melupakan insiden yang berlaku pada 17 Januari lepas.

Abang Paijang dibenarkan keluar petang semalam dan kami terus pulang ke Kemaman. Keadaan kesihatannya semakin pulih dan dia tidak ingat insiden dipukul sekumpulan lelaki atas dakwaan melanggar gerai mee.

isteri OKU mental dipukul orang awam

insiden OKU mental dipukul orang awam

Faridah juga berkata suaminya kini menghitung hari untuk ke Tanah Suci menunaikan umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat pada 17 Februari depan.

Dalam pada itu, dia berkata setakat ini tiada ahli keluarga atau mana-mana individu yang terlibat memukul suami menghubunginya untuk meminta maaf mahu pun mengajak untuk berbincang bagi menyelesaikan kes itu.

pakcik oku ditaja pakej umrah
1 week ago

Andalusia Hadiahkan Pakej Umrah Buat Pakcik OKU Dibelasah Di Pasar Tani - "Semoga Terubat Hati"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...