Lelaki Nyaris Kemalangan Selepas Plastik Dicampak Pemandu Lori Terselit Pada Rantai Motosikal

Kehidupan

Lelaki Nyaris Kemalangan Selepas Plastik Dicampak Pemandu Lori Terselit Pada Rantai Motosikal

Kita sedia maklum bahawa penunggang motosikal mencatatkan jumlah kematian maut tertinggi akibat kemalangan di Malaysia. Tanpa menafikan punca kemalangan juga berpunca disebabkan kecuaian pengguna jalan raya lain ataupun diri sendiri.

Dalam satu perkongsian di laman Penang Kini, seorang lelaki nyaris ditimpa kemalangan apabila motosikal yang dipandunya melanggar plastik yang diterbangkan oleh sebuah lori.

Advertisement

Menurut lelaki ini, ketika kejadian beliau dalam perjalanan menuju ke Batu Kawan melalui jambatan kedua Pulau Pinang.

Semasa kejadian, beliau melihat plastik dan sempat untuk mengelak. Tetapi kerana angin, beliau cuba mengelak plastik terbabit namun tidak berjaya menyebabkan ia terbelit pada rantai. Mujur ketika kejadian, tiada siapa yang mengekorinya dari belakang.

Pesannya kepada semua pengguna motosikal agar lebih berhati-hati ketika melalui jambatan kedua dari Bayan Lepas ke Batu Kawan. Ini kerana banyak sampah plastik di laluan motosikal.

Kepada peronda PLUS, tolong sentiasa buat rondaan dan pastikan laluan tersebut selamat digunakan oleh pengguna lain.

“Akibat kecuaian orang lain, aku yang jadi mangsa.”

Berhati-hatilah ketika memandu motosikal, lagi-lagi pada musim hujan ini.

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...