Lelaki Nekad Pulang Duit ‘Puluhan Ribu’ Yang Dijumpai Dalam Cerek Di Tapak Pelupusan

Kehidupan

Lelaki Nekad Pulang Duit ‘Puluhan Ribu’ Yang Dijumpai Dalam Cerek Di Tapak Pelupusan

Apa yang anda semua akan lakukan apabila menemui sejumlah wang yang banyak secara tidak sengaja? Pulangkan semula atau anggap ia sebagai rezeki kita pada hari itu kerana menemuinya.

Di Pulau Pinang, seorang lelaki telah menemui satu cerek berisi ratusan mata wang Kanada di tempat pembuangan sampah.

Advertisement

Menurut The Star, Mohamad Fahmi Abdul Aziz 28, tidak percaya dengan kata-kata orang yang mengatakan siapa yang menjumpai duit ini adalah rezeki untuk dirinya pada hari itu.

Fahmi mahu memulangkan semula timbunan wang C$100 kepada pemilik sebenarnya.

Namun, Fahmi tidak mahu mendedahkan berapa jumlah wang yang ditemuinya. Beliau hanya memberitahu bahawa duit yang ditemuinya sangat banyak dan puluhan ribu.

Ini adalah tugas harian saya mengutip barang yang boleh dikitar semula di tempat pembuangan sampah bersama dua pekerja saya. Pada Selasa pagi, saya ternampak objek besi bercahaya tertanam separuh di dalam tanah.

Saya menariknya keluar dan tidak percaya apabila melihat cerek yang penuh dengan wang kertas. Saya bawa pulang ke rumah dan lihat kesemua wang kertas itu adalah duit Kanada.

Kerana ingin mengetahui bahawa duit yang dijumpai duit sebenar ataupun tidak, Fahmi telah pergi ke kedai pertukaran wang asing untuk mendapatkan pengesahan duit tersebut. Ternyata ia adalah duit tulen bukannya duit palsu.

Fahmi membuat keputusan untuk memulangkan duit tersebut selepas berbincang dengan isteri dan keluarga.

Kemungkinan ini adalah duit simpanan seseorang yang tidak sengaja dibuang.

Saya tidak akan mendedahkan jumlah wang tersebut kerana dia mahu pemilik wang tersebut memberitahu berapa jumlah sebenar wangnya.

Katanya, beliau tidak mahu membuat laporan polis kerana mengetahui apa yang bakal terjadi terhadap duit yang ditemui.

Saya akan minta nasihat dari guru agama saya. Jika saya tidak berjaya menemui tuan sebenar, saya akan mendermakan duit tersebut.

Ditanya mengapa dia tidak mahu menyimpan wang tersebut untuk dirinya, Fahmi kekal dengan pendirianya bahawa beliau tidak wajar berbuat demikian.

Pegawai Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata, tiada warga Kanada yang melaporkan kehilangan sejumlah besar wang.

Admin ‘salute’ dengan Fahmi ini. Kalau orang lain jumpa duit sebanyak ini rambang dah mata macam duit kita pula.

Sumber: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...