Lelaki Myanmar Cuba Culik Budak Di Kuantan, Nak Anak ‘Instant’ Kerana Belum Ada Rezeki Lepas 8 Tahun Kahwin

Kehidupan

Lelaki Myanmar Cuba Culik Budak Di Kuantan, Nak Anak ‘Instant’ Kerana Belum Ada Rezeki Lepas 8 Tahun Kahwin

Seorang lelaki Myanmar ditahan selepas melakukan cubaan menculik kanak-kanak lelaki Melayu berumur 4 tahun di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3, Jalan Gambang, Kuantan.

Menurut laporan, kejadian berlaku semalam dan tindakan pantas bapa kanak-kanak tersebut mengejar berjaya menangkap lelaki terbabit dengan bantuan orang awam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, unit kenderaan pelbagai guna (MPV) bergerak ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan daripada orang awam kira-kira jam 9.45 pagi.

Ketika tiba di lokasi, bapa mangsa yang menangkap suspek menyerahkannya kepada polis.”

Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa terdengar bunyi jeritan isteri memberitahu anak bongsu mereka dilarikan seorang lelaki tidak dikenali.

Bapa mangsa mengejar suspek dan menangkapnya yang kemudiannya bertindak melepaskan mangsa. Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tangkapan semula.”

Polis turut merampas sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa.

Siasatan awal mendapati suspek berbuat sedemikian kerana mahukan anak selepas tidak dikurniakan cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 di atas cubaan melarikan orang dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Tindakan Berani Pemuda Menghalang Penculik
2 years ago

“Saya Jadi Curiga..”- Budak Lelaki Hampir Diculik, Tindakan Berani Lelaki Ini Halang Penculik Dipuji Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : theSunDaily

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...