Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan kaum lelaki Muslim yang terbabit dengan bidang fesyen perlu berhenti berpakaian seperti wanita.
Katanya, fungsi seorang lelaki adalah sebagai pemimpin dan hadis nabi juga pernah menyebut sesiapa yang menyerupai mana-mana bangsa, dia boleh dianggap sebagai bangsa itu.
Kalau pendekatan yang dibawa dalam fesyen ini cuba nak bawa menyerupai wanita contohnya dan sebagainya dengan linggang-lingguknya yang keperempuanan macam itu, bagaimana kita nak bawa nilai qawwam tadi tu?
Beliau berkata sedemikian selepas ramai meluahkan rasa kurang senang melihat sekumpulan lelaki berpakaian seperti wanita termasuk gaun, aksesori dan penampilan yang mencolok mata pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025, baru-baru ini.
Malah, ada pengguna media sosial turut menukar nama acara fesyen itu menjadi Minggu Fondan Week.