Lelaki Muslim Di Terengganu Tak Solat Jumaat, Boleh Didenda Dan Penjara 2 Tahun

Trending

Lelaki Muslim Di Terengganu Tak Solat Jumaat, Boleh Didenda Dan Penjara 2 Tahun

Lelaki muslim  berkemampuan tetapi tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu, bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi.

Advertisement

Ini susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini.

Selain itu, beberapa pindaan lain turut dibuat iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam).

Sebelum ini, enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang menasabah boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan termasuk menjual makanan dan minuman kepada orang Islam serta makan secara terbuka, hukuman pindaan itu membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...