Lelaki Muda Ini Susah, Silap Haribulan Kita Pula Kena Jaga Dia – Izreen Azminda

Hiburan

Lelaki Muda Ini Susah, Silap Haribulan Kita Pula Kena Jaga Dia – Izreen Azminda

Sejak bercerai, Izreen Azminda sering dikaitkan bercinta dengan beberapa pelakon lelaki yang agak muda terbaru bersama aktor Redza Rosli.

Advertisement

Namun, Izreen nampaknya sudah mula merasa rimas dan tidak selesa apabila terpalit dengan gosip sebegitu.

Orang tanya saya tak rimaskah berkawan dengan lelaki muda. Yang saya boleh katakan, orang yang tak tahu cerita, yang dengar daripada mana-mana pihak dan menuduh saya macam-macam, mereka adalah orang yang tidak tahu apa-apa pun mengenai saya .

Tambah Izreen, jika beliau sudah bersedia untuk bercinta ataupun berkahwin nanti, beliau tidak mahu memilih lelaki muda kerana menganggap mereka tidak mempunyai pengalaman.

Kalau saya nak kahwin lagi selepas ini, secara rasional dan logiknya, saya akan pilih orang yang boleh jaga saya, kukuh dari segi ekonomi, seorang yang stabil dan matang, orang yang boleh sayang saya dan boleh membuatkan saya rasa selamat dengannya. Kalau lelaki muda ini, susah. Silap haribulan, kita pula yang kena jaga dia.

Jodoh ini kita tidak boleh tahu, kadang-kadang lelaki muda ada yang matang juga dan lebih serius dalam perhubungan. Age is just a number.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...