Lelaki Mohon Surat Rentas Negeri Atas Alasan Tangkap Isteri Curang

Trending

Lelaki Mohon Surat Rentas Negeri Atas Alasan Tangkap Isteri Curang

Tular di laman sesawang Twitter sejak semalam apabila seorang lelaki meminta izin di balai polis untuk merentas negeri bertujuan menangkap isterinya yang curang dengan lelaki lain.

Menerusi satu hantaran di Twitter, ia jelas menunjukkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya yang bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis tersebut.

Advertisement

“Benda ini memang jadi ya kawan-kawan. Saya sudah minta izin pemilik surat ini untuk ditularkan di laman Twitter. Setelah selesai kejadian tersebut, kawan saya nampak lebih tenang”.

Rata-rata pengguna  laman Twitter menyokong dan ada yang turut sama berkongsi pengalaman mereka yang dicurangi ketika berkahwin.

“Saya pernah alami dulu. Memang betul, tak tenang hati dibuatnya. Baik perempuan mahupun lelaki, curang itu tidak mengira sesiapa pun. Sebab itulah setia itu mahal. Tetapi, ramai yang rugi kerana curang. Jika kahwin disebabkan nafsu dan harta, tidak akan ke mana, baik kita sama-sama betulkan niat”.

Balas seorang pengguna di ruangan komen Twitter itu.

“Bila jadi kes begini, kita (lelaki) boleh cakap ‘perempuan semuanya sama’ ke? Kalau tidak boleh, begitu jugalah sebaliknya”. Seloroh @naimbinzaini.

SUMBER 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...