Lelaki Menyamar Sebagai Doktor Di PPV Buat Khidmat Masyarakat 120 Jam

Trending

Lelaki Menyamar Sebagai Doktor Di PPV Buat Khidmat Masyarakat 120 Jam

Seorang lelaki dilaporkan menyamar sebagai doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sarawak diarahkan untuk menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam.

Lelaki berusia 20 tahun itu menerima arahan tersebut selepas mengaku bersalah atas tuduhan itu semasa prosiding di Mahkamah Kuching hari ini, lapor Astro Awani.

Advertisement

3 years ago

Lelaki Berusia 20 Tahun Menyamar Jadi 'Doktor' Di PPV Sarawak Sebanyak 32 Kali

‘Doktor’ buat pengakuan 

Lelaki yang dikenali sebagai Shah Hairil Izman Dave membuat pengakuan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi selepas membaca laporan sosialnya yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Zubaidah dalam penghakimannya menyatakan perintah tersebut dibuat di bawah Seksyen 293(1)(e) Kanun Prosedur Jenayah.

lelaki menyamar sebagai doktor di ppv sarawak

Sehubungan itu, hukuman maksimum yang diperuntukkan iaitu dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali tidak dikenakan terhadap tertuduh.

Terdahulu, lelaki yang menyamar sebagai ‘doktor’ itu ditahan di pusat pemberian vaksin di Stadium Perpaduan Kuching kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Sewaktu penahanan, polis merampas peralatan kedoktoran, pakaian kerja berwarna biru, serta pas kerja palsu dengan nama Dr Shah Hairil Izman.

Dalam pada itu, kejadian seperti ini perlulah dielakkan dan dititikberatkan kerana ia melibatkan tahap keselamatan orang ramai.

Masyarakat akan berdepan dengan risiko yang tinggi jika mendapat perkhidmatan perubatan daripada individu yang tidak mempunyai pengalaman yang lengkap dalam ilmu perubatan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...