Lelaki Menyamar Doktor Untuk Perdaya Gadis Pinjamkan Wang Dicari

Trending

Lelaki Menyamar Doktor Untuk Perdaya Gadis Pinjamkan Wang Dicari

Melalui pendedahan  di Facebook, seorang lelaki bernama Aizat Hamdan didakwa menyunting gambar seorang doktor dari Indonesia untuk memperdaya gadis-gadis bahawa dia ialah pengamal perubatan yang sah. Dia seterusnya didakwa mempergunakan mangsa untuk meminjamkan wang padanya.

Advertisement

Disertakan di bawah ialan salinan skrin perbualan Aizat dengan gadis-gadis yang menjadi mangsanya:

Gambar-gambar Aizat didapati disunting dari akaun Instagram Dr. Reno Rudiman yang bekerja di Rumah Sakit Hasan Sadikin di Bandung, Indonesia. Di bawah disertakan gambar asal dan gambar yang sudah disunting oleh Aizat.

Aizat sebelum ini aktif di Facebook dan mempunyai 7,000 pengikut. Modus operandi Aizat ialah memperdayakan gadis-gadis dengan percintaan sambil memanipulasi mereka untuk mempercayai dirinya seorang pegawai perubatan berlesen dalam Obstetrics dan gynaecology. 

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Aizat dan  Dr Rudiman sedang dihubungi berkaitan penggunaan gambarnya untuk tujuan penipuan.

Pendedahan ini dibuat oleh tiga orang wanita iaitu Dr Syazana, Dr Kauthar dan PPP Fazleyante yang menggelarkan diri mereka Charlie’s Angels.

Mereka meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Aizat untuk menghubungi mereka bagi membantu siasatan polis.

Sementara itu, Aizat dipercayai telah menyahaktifkan akaun Facebooknya dan menghilangkan diri. – amazingnara.com

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...