Lelaki Mengaku Terinspirasi Dengan Hafidz Roshdi, Mahu Ceraikan Isteri Untuk Bersama ‘First Love’ – “Saya Setuju Dengan Apa Dia Buat”

Trending

Lelaki Mengaku Terinspirasi Dengan Hafidz Roshdi, Mahu Ceraikan Isteri Untuk Bersama ‘First Love’ – “Saya Setuju Dengan Apa Dia Buat”

Perkahwinan kedua pelakon Hafidz Roshdi dengan isteri, Athira Yuhada yang dikatakan adalah cinta pertamanya menjadi bualan hangat di media sosial.

Tapi siapa sangka dalam diam rupanya ada pula yang bersetuju dengan tindakan Hafidz malah turut terinspirasi dengan perkara tersebut.

Advertisement

hafidz
1 year ago

Kongsi Detik Perkenalan, Netizen 'Jijik' Tengok Video 'Sweet' Hafidz Roshdi Untuk Athira Yuhada - "Geli! Acah Terpaling Setia"

Menerusi TikTok era.je, penyampai radio Radin, Azad dan Hawa Rizwana bagaikan tidak percaya apabila seorang pemanggil menceritakan tentang kisah cinta pertamanya.

Kata individu yang dikenali sebagai Jimmy itu, dia sokong dengan apa yang Hafidz lakukan dan dia turut mempunyai kisah lebih kurang sama.

Hafidz Roshdi tu kan, saya sangat sangat setuju dengan apa yang dia buat tu. Dia kahwin buat video untuk first love dia (Athira). Saya pun dalam situasi lebih kurang begini.

Hafidz

Cerita Jimmy, dia sudah mengenali seorang wanita sejak kecil namun apabila meningkat dewasa dia dan individu itu ada kehidupan sendiri namun katanya mereka sendiri tahu bahawa masing-masing merupakan cinta pertama.

Tidak cukup terkejut, ketiga-tiga penyampai tersebut terkejut apabila Jimmy mendapat tahu dia menduakan isterinya yang sudah dikahwini selama setahun lebih.

Sekarang ni, saya dengan orang lain tapi saya masih dengan dia (cinta pertama) juga.

@era.je Memang cari nahas lah Jimmy ni. Dah tau awak tu dah kahwin tapi masih lagi tak boleh move on dengan first love. Sanggup dia cakap nak ceraikan wife dia sebab first love tu ada tempat paling special kat hati dia. #sharERA #3PAGIERA #fyp ♬ original sound – ERA

Menerusi ruangan komen ramai yang bersimpati dengan isteri kepada lelaki tersebut tak kurang juga yang memberi kecaman kepadanya kerana apa yang dikatakan.

Dalam pada itu, beberapa individu berpendapat panggilan tersebut mungkin sudah dirancang bertujuan untuk ‘menunggang’ isu yang tengah panas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...