Lelaki ‘Meme’ Popular Meninggal Dunia, Kerjaya Sebenar Rupanya Pelukis Komik Terkenal

Kehidupan

Lelaki ‘Meme’ Popular Meninggal Dunia, Kerjaya Sebenar Rupanya Pelukis Komik Terkenal

Rasanya cukup ramai yang mengenali lelaki ini di dalam ‘meme’ popular yang sering digunakan di media sosial. Lelaki yang dikenali sebagai Gerry Alanguilan dari Filipina ini, baru sahaja meninggal dunia pada 20 Disember lalu disebabkan penyakit yang tidak didedahkan.

Gerry telah menghiburkan begitu ramai pengguna media sosial di serata dunia dengan video yang dimuatnaiknya sendiri dan kemudian dijadikan meme. Berita kematiannya bukan sahaja diratapi oleh masyarakat Filipina tetapi juga seluruh dunia.

Advertisement

Ramai yang tidak tahu bahawa lelaki berusia 51 tahun ini adalah pelukis komik yang cukup terkenal. Antara hasil karyanya adalah komik Wasted, Elmer, Johnny Balbona, Humanis Rex!, Timawa dan Where Bold Star Goes to Die.

komik elmer

komik wasted

Bukan itu sahaja, Gerry juga pernah bekerja sebagai artis komik dan inker untuk Wetworks, X-men, Superman: Birthright, Wolverine dan sebagainya. Ketua Editor Marvel, C.B. Cebulski juga meluahkan salam takziahnya di laman Twitter.

Pemergian Gerry juga pastinya turut dirasai oleh mereka yang gemar menggunakan meme beliau di media sosial. Siapa sangka lelaki ini sebenarnya adalah pelukis komik yang cukup terkenal.

Sebelum ini, gambar seorang lelaki telah dijadikan meme apabila kes beliau mengelak dari membayar tol viral di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Netizen Terhibur Lihat Gambar Pemandu ‘Viral’ Honda Jazz Dijadikan Meme

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...