Rasanya cukup ramai yang mengenali lelaki ini di dalam ‘meme’ popular yang sering digunakan di media sosial. Lelaki yang dikenali sebagai Gerry Alanguilan dari Filipina ini, baru sahaja meninggal dunia pada 20 Disember lalu disebabkan penyakit yang tidak didedahkan.
Gerry telah menghiburkan begitu ramai pengguna media sosial di serata dunia dengan video yang dimuatnaiknya sendiri dan kemudian dijadikan meme. Berita kematiannya bukan sahaja diratapi oleh masyarakat Filipina tetapi juga seluruh dunia.
Bukan itu sahaja, Gerry juga pernah bekerja sebagai artis komik dan inker untuk Wetworks, X-men, Superman: Birthright, Wolverine dan sebagainya. Ketua Editor Marvel, C.B. Cebulski juga meluahkan salam takziahnya di laman Twitter.
Saddened to learn of the passing of Gerry Alanguilan. Another wonderful person taken from us too soon. An amazingly talented writer and inker, mentor to younger artists, and advocate for global comics, the comics world and Filipino art community lost a friend and hero today.
— C.B. Cebulski (@CBCebulski) December 20, 2019
Pemergian Gerry juga pastinya turut dirasai oleh mereka yang gemar menggunakan meme beliau di media sosial. Siapa sangka lelaki ini sebenarnya adalah pelukis komik yang cukup terkenal.
Sebelum ini, gambar seorang lelaki telah dijadikan meme apabila kes beliau mengelak dari membayar tol viral di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Netizen Terhibur Lihat Gambar Pemandu ‘Viral’ Honda Jazz Dijadikan Meme